Assalamualaikum, minggu terakhir pembelajaran iaitu semua topik daripada minggu pertama kuliah dapat diimbas kembali bermula dengan apa yang dimaksudkan dengan inovasi, teknologi dan lain-lain. Seterusnya, lapan teori pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran. Alatan yang terdapat dalam web 2.0 dan sebagainya. Kursus ini telah memberikan banyak pengetahuan yang mendalam mengenai inovasi dan teknologi yang boleh digunakan dalam pendidikan iaitu contoh alat atau media yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, mengetahui bagaimana proses penghasilan media tersebut, kesesuaiannya terhadap murid yang pelbagai dan banyak lagi.
Hasil daripada kursus ini, telah memberi kesedaran kepada saya bahawa kewujudan pelbagai bentuk teknologi banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran kerana ianya bukan sahaja telah memudahkan proses pengajaran malah menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan. Tidak dinafikan bahawa, kini ramai golongan pelajar yang sangat celik dalam bidang teknologi. Maka, guru haruslah membuat perubahan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar ianya tidak membosankan pelajar. Bagi kelas tutorial terakhir bersama Dr. Fariza, setiap kumpulan telah membentangkan 2 hasil akhir tugasan projek iaitu tugasan video pendek dan projek mini AR. Setiap kumpulan telah membentang tugasan masing. Dari sini, saya dapat lihat bahawa setiap kumpulan menggunakan idea-idea dan kaedah yang tersendiri bagi menghasilkan 2 tugasan tersebut dengan baik. Dengan ini, saya dapat kekuatan dan kelebihan yang terdapat pada tugasan mereka. Ianya dapat dijadikan panduan dan contoh yang mungkin terdapat penggunaan atau idea baru yang digunakan oleh mana-mana ahli kumpulan. Tugasan-tugasan yang diberikan telah dapat laksanakan dengan baik walaupun kesukaran saya dalam menggunakan peralatan dan media teknologi yang tidak pernah saya gunakan sebelum ini dalam apa jua situasi. Hal yang demikian, telah memberikan pengalaman baru dan menarik kepada saya sepanjang tugasan dilaksanakan berkat bimbingan dan bantuan daripada semua pensyarah terutama sekali bimbingan daripada pensyarah tutorial iaitu Dr. Fariza Khalid. Secara keseluruhannya, sebagai generasi yang hidup dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kursus ini sangatlah bermanfaat untuk semua pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai teknologi dalam pendidikan terutama sekali kepada bakal guru. Di samping menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya penggunaan teknologi dengan cara yang baik akan memberikan input yang baik begitu juga sebaliknya. Oleh itu, saya berharap agar ilmu dan maklumat yang saya dapati melalui kursus ini dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian serta dapat saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah tutorial iaitu Dr. Fariza Khalid yang telah banyak membantu saya dan ahli kumpulan dalam memberikan tunjuk ajar bagi menyiapkan semua tugasan kami dengan baik. Tidak dilupakan juga, rakan seperjuangan yang bersama-sama dalam kursus ini yang sentiasa berkongsi ilmu dan memberikan sepenuh komitmen yang baik walaupun melalui banyak kekangan bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti. Saya berharap agar segala tunjuk ajar yang diberikan dapat saya tingkatkan lagi penggunaannya pada masa depan serta menambah baik daripada semasa ke semasa.
0 Comments
Assalamualaikum, pembelajaran kuliah inovasi dan teknologi dalam pendidikan pada minggu ini berkaitan dengan topik proses perancangan, analisis dan strategi pembangunan media yang disampaikan oleh Dr. Rosseni. Dalam kuliah ini, saya dapat mempelajari tentang bagaimana berlakunya, proses perancangan media dalam pengajaran berdasarkan keperluan dan konteks pelajar. Keperluan dan konteks haruslah dianalisis bagi strategi pengajaran yang berasakan teknologi atau media yang diperlukan.
Dalam kuliah ini, saya dapat mengetahui mengenai perancangan pembangunan media untuk proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi 4 perkara iaitu reka bentuk, pembangunan, pengujian, penilaian iaitu penilaian berbentuk formatif dan penilaian sumatif. Bagi reka bentuk pengajaran merangkumi beberapa proses yang diperlukan seperti aktif, konstruktif, kooperatif, autentik, dan bermatlamat. Hal yang demikian, menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan. Tugasan yang telah diberikan bagi kursus ini iaitu membangunkan projek mini AR, membuat video pendek, menghasilkan blog dan sebagainya telah memberikan saya gambaran sebenar mengenai bagaimana proses perancangan dan pembinaan sesuatu media dalam pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Dalam bentuk pembelajaran pula, tugasan-tugasan yang diberikan ini telah mewujudkan proses reka bentuk pengajaran yang bermakna. Hal yang demikian kerana, sepanjang tugasan dibuat, saya serta ahli kumpulan dapat melalui pembelajaran yang lebih bersifat aktif, kooperatif, autentik dan sebagainya. Dengan ini, kita dapat kelebihan utama terhadap proses perancangan analisis dan pembangunan media. Kesimpulannya, penggunaan alatan web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadi salah satu sumber pembelajaran yang lebih bersifat pelbagai iaitu pengajaran yang tidak semata-mata guru memberi syarahan di hadapan kelas dan pelajar hanya mendengar. Oleh itu, tugasan yang diberikan bagi kursus dapat memberikan inspirasi kepada saya bagi mempelbagaikan lagi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi dengan menggunakan pelbagai media dalam teknologi. Assalamualaikum, kuliah pada minggu kesepuluh telah disampaikan oleh Dr. Md Yussof Daud yang telah menerangkan dengan mendalam mengenai satu topik yang bertajuk teori pembelajaran yang mendasari perancangan, pembangunan serta pelaksanaan sesuatu media. Sebelum, saya mengetahui dengan lebih lanjut tentang teori pembelajaran. Terlebih dahulu, saya telah didedahkan dengan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran. Pembelajaran merupakan satu proses yang menyatukan pengalaman dan pengaruh peribadi dan alam sekitar serta pengaruh untuk memperoleh, memperkayakan atau mengubah pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap, tingkah laku dan tingkah laku dunia. Manakala, teori pembelajaran pulak bertujuan untuk membangunkan hipotesis yang menerangkan bagaimana proses pembelajaran ini berlaku.
Dalam kuliah ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat 8 teori pembelajaran utama yang telah difokuskan. Antaranya ialah, teori behaviorisme, teori pembelajaran kognitif iaitu kognitif fleksibiliti dan beban kognitif, teori konstruktivisme, teori pembelajaran sosial, teori humanisme, minimalisme, dan yang terakhir adalah teori connectivisme. Kesemua teori ini, boleh dijadikan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar iaitu guru mengetahui latar belakang dan sosial pelajar. Seterusnya, bagaimana seorang guru dapat membuat penilaian terhadap pelajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran tersebut, dan sebagainya. Teori-teori pembelajaran tersebut banyak menerangkan mengenai bagaimana proses pembelajaran seseorang individu itu berlaku. Hal yang demikian, salah satunya saya dapat mengetahui bagaimana untuk saya menggunakan satu-satu kaedah untuk menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar berkeperluan khas. Di samping itu, saya didedahkan dengan media pembelajaran yang mengandungi 4 perkara iaitu yang pertama adalah teori pembelajaran eklektik iaitu sama sahaja seperti 8 teori pembelajaran yang telah dinyatakan, seterusnya ialah kandungan media seperti grafik, teks, video dan lain-lain, pedagogi dan strategi pembelajaran. Media pembelajaran ini boleh dikatakan sebagai bahan atau kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Sedia maklum, bahawa guru-guru di sekolah mempunyai banyak pilihan untuk kaedah penilaian terhadap pelajar. Seperti yang diterangkan dalam kuliah pada minggu ini, terdapat beberapa bentuk penilaian yang boleh dibuat seperti penilaian formal dan penilaian informal iaitu penilaian formal merujuk kepada ujian. Manakala, bagi penilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Kesimpulannya, teori pembelajaran dapat menggambarkan bagaimana proses pembelajaran seseorang individu itu berlaku tidak mengira pada peringkat umur mereka serta berdasarkan teori pembelajaran juga dapat saya menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media. Jelaslah, bahawa seorang guru perlu merancang kaedah pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran tersebut. Di samping itu, tujuan kaedah penilaian dibuat adalah untuk mengetahui sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak. Assalamualaikum, pada minggu kesembilan iaitu kuliah bersama Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin telah membincangkan tentang reka bentuk pengajaran atau kemahiran teknologi, pedagogi, dan isi kandungan (TPCK). Dalam pembelajaran ini, saya dapat memperoleh maklumat berkaitan dengan bagaimana kemahiran teknologi dapat menyumbang kepada reka bentuk pengajaran. Hal yang demikian kerana, reka bentuk pengajaran merujuk kepada proses sistematik dan reflektif dalam menterjemahkan prinsip-prinsip pembelajaran dan pengajaran dalam perancangan bahan bahan pengajaran ,aktiviti , sumber maklumat dan penilaian.
Terdapat beberapa elemen dalam reka bentuk pengajaran yang harus saya tahu sebagai seorang bakal guru. Antara elemen yang dinyatakan ialah teori pembelajaran, pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan teknologi, TPACK, pentaksiran formatif atau sumatif, dan kepelbagaian pelajar. Hal ini, dapat memberikan saya pengetahuan yang lebih mendalam mengenai elemen-elemen dalam reka bentuk pengajaran yang juga merupakan perkara asas yang perlu ada dalam pengajaran di sekolah. Terdapat beberapa model reka bentuk pengajaran yang telah diterangkan oleh pensyarah iaitu model-model tersebut dapat menjadi rujukan dan panduan untuk saya mengetahui bagaimana langkah-langkah yang perlu dilaksanakan sebelum memulakan pengajaran. Antara perkara-perkara yang terdapat dalam model tersebut ialah siapa pelajar, ciri-ciri pelajar, objektif pengajaran dan banyak lagi. Kewujudan teknologi terkini telah memudahkan dan mempercepatkan urusan yang berkaitan dengan guru dan pengajaran. Saya yakin bahawa adanya teknologi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Sebagai bakal tenaga pengajar, saya telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pentaksiran, pedagogi dan kurikulum semasa pembelajaran kuliah pada minggu ini. Pentaksiran merujuk aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar yang menghasilkan maklumat yang boleh digunakan sebagai maklum balas untuk mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pedagogi pula bermaksud kaedah dan pendekatan pengajaran untuk supaya mencapai matlamat pendidikan dan objektif pembelajaran berdasarkan kurikulum yang tersedia. Manakala, kurikulum merangkumi falsafah pendidikan pengetahuan kandungan, program pembelajaran , pendekatan dan pentaksiran. Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini telah membincangkan mengenai pengetahuan-pengetahuan yang perlu ada sebagai seorang bakal guru yang dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dengan berkesan. Selain itu, pengetahuan kandungan pedagogi teknologi (TPACK) dapat mengembangkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang tentang teknologi dalam pedagogi. Assalamualaikum, pada kuliah minggu ini satu topik yang berkaitan dengan web 2.0 dan aplikasinya dalam pendidikan yang telah di sampaikan oleh Dr. Hazrati Husnin. Saya berasa teruja bagi kuliah pada minggu ini kerana, untuk pertama kalinya saya mendengar mengenai maksud web 2.0 ini. Mungkin saya hanya mengetahui beberapa aplikasinya sahaja tetapi tidak semua. Web 2.0 merujuk kepada platform yang berasaskan web dengan mudah menggunakan antara muka yang membolehkannya pengguna secara kolektif menyumbang dan berkongsi maklumat yang banyak. Teknologi Web 2.0 membolehkan sesuatu aplikasi dijalankan di internet tanpa perlu memasang (install) aplikasi tersebut di dalam komputer. Web 2.0 melewati Web 1.0 yang memfokuskan kepada penyampaian maklumat kepada pengguna. Web 2.0 menawarkan kelebihan di mana pengguna bukan saja boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber , malah dapat mereka bentuk persembahan maklumat dengan lebih menarik dan effisien di samping membolehkan maklumat tersebut dikongsi secara atas talian. Terdapat 14 kategori dalam web 2.0 yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan. Sebelumnya, saya hanya mengetahui beberapa sahaja alat-alat dalam web 2.0 ini. Namun, dalam pembelajaran pada minggu ini, saya telah mengetahui banyak alat-alat web 2.0 yang boleh diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Antara 14 kategori tersebut ialah teks, imej, audio, video, pengeluaran multimodal, penceritaan digital, ciptaan laman web, pengetahuan organisasi dan perkongsian, analisis data, jadual, pemodelan 3D, penilaian, rangkaian sosial, dan yang terakhir adalah alat kerjasama segerak. Banyak alat-alat yang web 2.0 yang boleh atau biasa digunakan dalam pendidikan seperti “google docs”, “youtube”. “prezi”, “coogle” dan banyak lagi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat beberapa isu dan cabaran yang boleh dikaitkan dengan penggunaan web 2.0 ini dalam pendidikan. Antaranya ialah, iaitu kekangan teknikal seperti kekurangan akses internet, cabaran maklum balas, plagiat dan kemahiran digital terhadap pelajar dan guru iaitu sama ada guru atau pelajar yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi. Namun, saya percaya bahawa pada masa ini pelajar lebih mahir dalam menggunakan teknologi berbanding guru. Oleh itu, guru haruslah mempunyai inisiatif yang membolehkan guru untuk mempelajarinya. Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa web 2.0 ini banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada penggunanya terutamanya kepada saya sendiri sebagai seorang pelajar telah membolehkan saya memanfaatkan web 2.0 untuk mendapat banyak maklumat tentang sesuatu perkara dengan lebih mudah, dan cepat. ' Assalamualaikum, kuliah yang seterusnya bersama dengan Dr. Fariza yang telah menyampaikan satu topik berkaitan dengan teknologi ‘Augmented Reality’ dalam pendidikan. Banyak bahan-bahan atau alat-alat teknologi yang dapat digunakan dalam pendidikan masa pada ini dan salah satunya ialah ‘Augmented Reality’ tersebut. Ianya juga dikenali sebagai Realiti Berperanta. Di samping, memperoleh pelbagai maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan ‘Augmented Reality’ dalam kuliah tersebut. Ianya juga merupakan salah satu tugasan berkumpulan yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, tugasan ini telah memberikan kami peluang dan pengalaman dalam meneroka dunia teknologi yang boleh dikaitkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
‘Augmented Reality’ ini menggunakan paparan skrin sama ada skrin pada komputer tangan, tablet, mahupun telefon pintar yang disambungkan dengan simulasi maya. Dalam erti kata yang mudah, objek maya akan dapat dilihat atau wujud dalam paparan skrin. Sebagai contoh ‘augmented reality' yang telah digunakan dalam aplikasi permainan ‘Pokemon Go’ yang pernah terkenal dalam kalangan anak muda beberapa tahun yang lepas. Ianya adalah salah satu contoh yang mudah yang dapat dilihat bagaimana ‘augmented reality' diaplikasikan dalam pelbagai tujuan sama ada untuk tujuan aplikasi permainan, pendidikan dan sebagainya. Wujudnya teknologi ini telah memberi kesempatan kepada saya untuk mewujudkan satu kaedah pembelajaran yang lebih berfokuskan kepada penggunaan teknologi seperti gajet. Kelebihan yang dapat dilihat melalui penggunaan ‘augmented reality’ ini membolehkan sesuatu ilmu atau tajuk pembelajaran dapat diterangkan dengan lebih menarik, kreatif dan wujudnya pembaharuan inovasi dalam kaedah pembelajaran. Seperti biasa, kaedah pembelajaran dengan menggunakan teknologi ‘augmented reality’ diaplikasikan terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas dapat menarik sifat keterujaan pelajar untuk belajar kerana mereka gemar untuk mencuba sesuatu yang jarang digunakan sewaktu sesi pembelajaran. Sebagai contoh, saya sebagai guru telah mencipta satu ‘augmented reality’ di mana apabila pelajar mengimbas kod tersebut dengan menggunakan tablet atau telefon pintar, maka akan keluar satu gambar haiwan yang dapat dilihat secara abstrak iaitu bentuk dan warnanya seakan-akan hidup. Pembelajaran seperti ini, sangat sesuai digunakan kepada pelajar pendidikan khas yang memerlukan teknik pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kesimpulannya, ‘Augmented Reality’ sangat berguna dalam pendidikan. Walaupun kaedah pembelajaran ini memerlukan kos dan kemahiran yang agak tinggi. Namun, iainya berkesan dalam memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada pelajar. Saya yakin bahawa, langkah-langkah bagi membina satu ‘augmented reality’ yang berkait dengan pembelajaran yang diajarkan oleh pensyarah akan dapat saya gunakan sewaktu saya dalam latihan pengajaran kelak. Assalamualaikum, melalui kuliah yang disampaikan oleh Dr. Nor Hafizah mengenai "Gamification in Education" iaitu merupakan gamifikasi dalam pendidikan. Saya telah memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam mengenai gamifikasi dalam pendidikan iaitu merupakan aplikasi unsur-unsur permainan yang melibatkan pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam pembelajaran. Ianya juga melibatkan peraturan permainan, pemarkahan mata dan persaingan dengan orang lain.
Gamifikasi dalam pendidikan merupakan salah satu pembelajaran aktif yang dapat saya sebagai bakal guru melaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Ianya juga merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang penting dan perlu dilakukan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas. Hal yang demikian kerana, teknik permainan dalam pembelajaran dapat menarik minat dan tumpuan pelajar dalam pembelajaran terutama bagi pelajar berkeperluan khas dalam kategori masalah pembelajaran yang sentiasa mengalami masalah hilang daya tumpuan terhadap pembelajaran yang membosankan bagi mereka. Di samping itu, kelebihan bagi kaedah pembelajaran seperti ini juga iainya dapat membentuk pembelajaran yang lebih bersifat kolaboratif atau bermaksud berkumpulan, dapat membentuk keyakinan dalam diri pelajar, serta pelajar dapat mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah mengenai topik-topik dalam pembelajaran. Hasil daripada penyelesaian masalah tersebut ganjaran boleh diberikan kepada pelajar. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana untuk saya mengaplikasikan kaedah gamifikasi dalam pembelajaran iaitu dengan memahami konteks dan audiens terlebih dahulu iaitu dengan melihat siapa pelajar tersebut serta keadaannya bagaimana, menentukan objektif pembelajaran, mengstrukturkan pengalaman, mengenalpasti sumber-sumber permainan atau peralatan sama ada menggunakan alat-alat sedia ada atau alat yang baru dan yang terakhir barulah mengaplikasikan gamifikasi tersebut. Hal ini penting bagi memastikan setiap sesuatu aktiviti atau permainan dalam pembelajaran yang telah dirancang dan akan dilaksanakan dapat menjadikan sesuatu proses pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Kesimpulannya, teknik atau kaedah gamifikasi dalam pendidikan telah memberikan saya lebih banyak idea untuk membentuk satu aktiviti atau permainan yang berasaskan pembelajaran kepada pelajar. Iainya juga sangat penting dalam dunia pendidikan khas yang memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas. Oleh itu, ilmu gamifikasi dalam pendidikan perlulah saya cungkil dengan lebih mendalam bagi merancang dan membentuk suatu pembelajaran aktif yang lebih berkesan kepada pelajar. Assalamualaikum, kuliah kursus pada minggu tersebut juga telah diberi pendedahan kepada saya mengenai grafik dan multimedia oleh penyelaras kursus ini sendiri iaitu Dr. Hazrati. Konsep serta elemen-elemen yang wujud berkaitan dengan grafik dan multimedia telah diterangkan oleh pensyarah bagi memudahkan saya untuk memahami dan menggunakannya dalam pelbagai aspek pengajaran apabila bergelar guru kelak. Sebagai contoh elemen yang terdapat dalam grafik dan multimedia ialah interaktiviti, teks, audio, video dan animasi.
Elemen-elemen dalam grafik dan multimedia dapat digunakan untuk mejadikan sesuatu persembahan maklumat dengan berkesan dan menarik perhatian. Elemen ini juga didapati sangat sesuai digunakan dalam penghasilan bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Hal yang demikian kerana, pelajar tersebut memerlukan bahan pembelajaran yang dapat menarik perhatian mereka untuk belajar. Sebagai contoh, dapat saya pada elemen teks, memerlukan teks yang sesuai dan jelas dengan pemilihan saiz, font, jarak, pemilihan warna haruslah bersesuaian dan sebagainya. Namun begitu, saya turut menghadiri kelas tutorial kursus ini bersama pensyarah iaitu Dr. Fariza Khalid. Pada kelas tutorial yang pertama beliau telah memberi pendedahan mengenai kaedah menghasilkan blog. Melalui kelas tutorial ini saya telah berjaya menghasilkan blog saya sendiri buat pertamanya kalinya. Kelebihan yang boleh dilihat daripada penghasilan blog ini adalah, saya dapat berkongsi segala ilmu dan pengalaman saya dalam bidang pendidikan khas. Iainya dapat memberikan manfaat kepada orang ramai yang ingin mengetahui tentang pendidikan khas dengan lebih lanjut seperti kanak-kanak masalah pembelajaran, kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya telah mengambil masa yang agak lama untuk belajar menghasilkan blog dengan baik. Maka, penggunaan teknologi seperti blog ini telah memberikan pendekatan baru kepada saya untuk mendekatkan masyarakat luar dengan bidang pendidikan khas atau tentang kanak-kanak istimewa serta meningkatkan lagi kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Pembelajaran penghasilan blog juga dapat meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi saya melalui penggunaan elemen-elemen grafik dan multimedia yang terdapat apabila menghasilkan sesebuah blog. Assalamualaikum, pada minggu tersebut kuliah bersama Dr. Khalid telah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai M-learning dan E-learning iaitu ianya bemaksud pembelajaran mudah alih dan pembelajaran elektronik. Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang pembelajaran elektronik yang merupakan pembelajaran yang disokong oleh peralatan digital elektronik manakala bagi pembelajaran mudah alih adalah merupakan penggunaan peranti telefon atau gajet dalam pembelajaran. Di sini dapat dilihat bahawa, kaedah pembelajaran kini semakin mudah diakses.
Pembelajaran mudah alih dilihat mempunyai beberapa jenis kaedah penggunaannya iaitu fasiliti laman web yang merupakan maklumat boleh diakses hanya melalui laman web, hybrid iaitu penggunaan secara bersemuka atau dalam talian dan pembelajaran secara penuh dalam talian. Melalui topik yang diterangkan pada minggu tersebut, saya telah mengetahu kemampuan pembelajaran mudah alih yang digunakan dalam pembelajaran di dalam kelas. Antara kemampuan yang dapat dilihat ialah interaksi yang berlaku sepanjang pembelajaran iaitu interaksi antara pelajar dengan pensyarah, interaksi pelajar dengan pelajar, interaksi plajar dengan gajet dan interaksi pelajar dengan teknologi. Dengan cara ini, pelbagai interaksi boleh berlaku apabila menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan peranti mudah alih atau elektronik. Satu-satunya perkara yang terpenting yang saya pelajari adalah perkara atau benda yang diperlukan dalam pembelajaran yang menggunakan teknologi terkini iaitu peranti (hardware), sistem (software), internet, pengetahuan, siapa pengguna dan perlulah wujudnya penghantar serta penerima. Di samping itu, kelebihan terhadap wujudnya teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah saya dapat membina kursus secara dalam talian, dapat berinteraksi, dapat melakukan perbincangan, dengan mudahnya mengakses bahan pembelajaran serta dapat mengurangkan kos. Namun begitu, saya juga telah diberi pendedahan mengenai kelemahan terhadap penggunaan kaedah pembelajaran ini iaitu daripada segi aspek sosial kurang bersemuka. Oleh itu, pada minggu tersebut saya dapat membandingkan kedua-dua kaedah pembelajaran yang menggunakan teknologi. Assalamualaikum, pada penggal ini saya sedang mengambil kursus GGGA2123 Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sepanjang saya mengikuti kuliah bagi kursus ini yang diadakan pada setiap hari isnin, pada minggu tersebut banyak perkara yang telah saya pelajari mengenai pengenalan kepada kursus ini dengan lebih lanjut iaitu menerangkan tentang konsep-konsep sebenar inovasi dan teknologi. Hal ini telah menyebabkan saya dapat memahami konsep-konsep tersebut dengan lebih mendalam serta bersedia untuk mengaplikasikan segala ilmu-ilmu yang bekaitan dengan teknologi dalam pembelajaran saya sepanjang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu juga, pensyarah juga ada menerangkan mengenai penggunaan teknologi canggih seperti dron dalam pendidikan iaiatu apa kegunaan dan kelebihannya.
Kini, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan bagi memenuhi kaedah pembelajaran yang lebih menarik dan sistematik. Pendedahan mengenai teknologi sangat penting kepada saya untuk menghasilkan alat-alat bantu mengajar yang lebih inovasi dan kreatif melalui penggunaan gajet-gajet terkini. |
AuthorNURZHAFIRAH AWANG LUDIN STUDENT'S FACULTY OF EDUCATION UKM ArchivesCategories |